SELANGOR, Kelantan dan Negeri Sembilan mengukuhkan penguasaan dalam saingan kumpulan Piala Malaysia 2009 selepas mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi yang berlangsung malam tadi.Kesemua tiga pasukan terbabit kini mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan dan melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia.
Dalam aksi malam tadi, Selangor membenam Sabah 4-1 di Stadium Shah Alam, Kelantan menjinakkan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu manakala Negeri Sembilan mengatasi Johor 1-0.
Keputusan Penuh Piala Malaysia
Carta Penuh Piala Malaysia 2009
MANCHESTER City memintas Arsenal dan Liverpool untuk menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Aston Villa dalam aksi EPL, di Villa Park awal pagi tadi.City mengumpul 16 mata, sama dengan Tottenham Hotspur tetapi di belakang kelab London itu berdasarkan perbezaan gol.
Arsenal dan Liverpool satu tangga di bawah dengan 15 mata diikuti Aston Villa di tangga ketujuh.
Carta EPL Terkini
Keputusan EPL Terkini









