Liga Eropah: Chelsea, Barcelona, Inter rampas semula takhta liga


GERGASI bola sepak Eropah, Chelsea (England), dan Inter Milan (Itali) kembali berada di tangga teratas liga masing-masing selepas terlepas penguasaan ekoran tewas buat pertama kali minggu lalu.

Manakala Barcelona (Sepanyol) yang belum pernah tewas dalam aksi liga setakat ini turut melonjak ke persada La Liga selepas pencabar terdekatnya, Real Madrid tewas buat pertama kali kepada Sevilla, awal pagi tadi.

Chelsea yang tewas kepada Wigan 1-3 minggu lalu, beraksi cemerlang untuk menundukkan musuh tradisinya, Liverpool 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Manakala Inter Milan menewaskan Udinese 2-1 ketika pencabar terdekat, Sampdoria diikat 1-1 di gelanggang sendiri oleh Parma.

Carta EPL
Carta La Liga
Carta Serie A

0 comments:

KL Server Web Hosting
NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!
Panduan Membina Blog dotCom Sendiri
Sistem Pelindung Laman Download Web Jualan